Sunday, 13 January 2008

"B" tu untuk apa Cik?

Balik dari kerja satu hari aku terserempak satu roadblock. Sepert biasalah, kalau bawak kapcai selalunya kena ketepi dan tunjuk lesen. kalau drive selalunya tunjuk muka atau angkat tangan saja dah cukup. Makcik polis yang tahan aku tu nampak segak dan kemas. (dia sorang saja pakai uniform putih). Cara dia pun tertip sungguh.
"Selamat petang encik, sila matikan enjin dan keluarkan lesen"
Wah..cara dia macam baru keluar akademilah. Agak lama jugak dia dok tenung lesen aku. Alamak, dah mati ka lesen aku ni? Dah lama aku tak tengok. Tapi aku confident lesen aku sampai 2008.
Bila dia panggil incharge dia, aku dah cuak sikit. Alamak, muka aku ada sama dengan penjenayah ke?
"Cik, lesen moto B2 kan? Yang B saja ni apa cik?" tanya makcik tu kat senior dia tu. Aku tak pasti apa pangkat senior dia tu sebab dia tak pakai uniform, tapi dia terus saja amik lesen aku tu dari tangan makcik tadi. Aku dah tak tahan nak pecah perut, tapi terpaksa tahan jugak takut nanti dia terasa hati, macam-macam pulak salah aku dia nampak.
Pakcik tu diam saja tak jawab soalan tadi. Dia bagi balik lesen aku dan terus suruh aku jalan.
Aku tak tau apa jadi lepas tu sebab aku terus jalan.
Terpikir aku perihal makcik tapi. Kalau polis trafik pun tak tau lesen B full tu untuk apa, macam mana aku nak harapkan dia tahu undang-undang jalanraya? Macam mana aku nak harapkan dia jaga keselamatan?