Sunday, 26 November 2006

Diskaun Saman (BM)

Aku tak pernah belajar bisnes kat universiti dan pengalaman bisnes aku pun cuma meniaga ikan kat pasar malam, tapi aku yakin kaedah depa bagi diskaun supaya orang bayar saman ni satu kaedah yang cetek akal. - Penyelesaian jangka pendek.

Cara tu aku rasa hanya boleh pakai kalau kita meniaga ikan pasar malam. Kalau dah pukoi 9 ikan masih banyak lagi, bolehla kita lelong-setengah harga sebab kalau tak habih jual, esok ikan dah jadi busuk, tak boleh jual lagi. Itu pun kena tengok jugak boleh balik modal ka tidak? Dan tak boleh buat tiap minggu, nanti orang tnggu sampai lelong baru depa nak beli.

Memang ramailah orang yang ada saman tertunggak akan berpusu-pusu pi bayar saman utk dapat diskaun tu, tapi apa jadi selepas tu ? Makin ramailah orang yang tak bayar saman untuk tunggu ada diskaun. So, tak tercapai lah hasrat sebenar polis untuk menarik orang bayar saman.

Aku cadangkan kalau nak bagi diskaun, bagilah pada orang yg bayar awal, sapa bayar lambat kena bayar penuh, kalau degil lagi kena bayar 150% atau 200%, barulah orang berebut nak bayar awal, tak dak tangguh-tangguh lagi.

Tapi tulah, kena kita tengok balik apa sebenar tujuan bagi diskaun tu…nak tarik orang bayar atau nak tunjuk yg depa ada buat kerja dan depa ni sebenarnya baik hati. Depa nak peduli apa kalau ramai orang tak bayar saman, bukan depa meniaga. Gaji depa pun macam tu jugak. Kalau naik menteri baru nanti, dapatla naik gaji lagi.. Performance depa pun boleh di nilai dengan berapa banyak saman yg depa keluarg, bukan berapa saman yg depa kutip.

So, marilah kita beramai-ramai menangguhkan saman, tunggu diskaun yg lebih hebat lagi baru kita bayarg.

Berkait dengan saman jugak, hangpa rasa depa buat speed-trap tu untuk saman orang atau supaya orang tak langgar undang-undang? Pasai apa rasanya depa dok sembunyi dalam semak atau celah tiang jambatan tu? Kalau kat negara jiran, depa letak signboard besar : “Beware : Speed Camera Ahead. “

Ops Sikap IX

Tahukah Anda Jumlah Kematian semasa Ops Sikap IX? (BM)

The Star, 11 November 2005

Ops Sikap 2005 selama 2 minggu mencatitkan 223 kematian dalam 12,774 kemalangan yang dilapurkan. Purata kematian ialah 16 orang sehari.